Perdaya 17 mangsa urusan pembelian emas

Gambar hiasan Jingming Pan Unsplash

SIBU—Seorang wanita berjaya memperdaya 17 mangsa dalam urusan pembelian perhiasan emas dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM 22,690.


Ketua Polis Sibu, ACP Zulkifli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu telah menerima laporan daripada ke semua mangsa.


"Mereka melaporkan telah terpedaya oleh suspek seorang wanita tempatan berusia 24 tahun dalam urusan pembelian perhiasan emas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pembayaran dibuat secara ansuran ke semua mangsa dilakukan secara transaksi ke akaun mangsa dari tempoh Ogos tahun lalu hingga Mei tahun ini.


"Namun ke semua mangsa tidak menerima perhiasan emas yang dijanjikan walaupun pembayaran telah selesai dibuat.


"Suspek memberi pelbagai alasan sehingga semua mangsa nekad membuat laporan polis," ujarnya.


Katanya, pada Jumaat lalu kes berkata dituduh di Mahkamah Sibu, suspek dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.


"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun serta sebat dan denda," tegasnya.

Next Post Previous Post