PCDS Lahir Masyarakat Maju 2030



KUCHING-- Sarawak merangka satu dasar Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) dalam usaha mewujudkan masyarakat yang maju ke arah 2030.


Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Premier Sarawak, PCDS adalah untuk semua rakyat Sarawak kerana Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Ingin membawa Sarawak maju ke hadapan walaupun berhadapan dengan berbagai cabaran.


Menurutnya,Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik dan mengukuhkan ekonominya dengan melaksanakan PCDS 2030.

 

"Kementerian saya telah diamanahkan untuk menyelaras dan mengetuai kluster 'infrastruktur asas' yang bertindak sebagai pendorong untuk pertumbuhan ekonomi dengan menyokong dan menyediakan platform untuk memasarkan produk ke pasaran dunia," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Sarawak Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo, di sini hari ini.


Timbalan Premier Sarawak itu berkat, Terdapat beberapa inisiatif pemangkin dalam PCDS 2030, antaranya perkhidmatan pelabuhan yang efisien, jalan-jalan utama,mewujudkan pangkalan data dan merangka strategi untuk mencapai seberapa banyak jalan untuk menghubungkan kampung dan penempatan terpencil di seluruh Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar.



"Berdasarkan maklumat yang dikumpul, anggaran 7,530 kilometer jalan baharu perlu dibina dan sepanjang 3,487km jalan sub-standard sedia ada perlu dinaiktaraf dan dibaikpulih untuk menyambung 100 peratus kawasan luar bandar.


"Oleh itu, usaha untuk meningkatkan jumlah jalan di seluruh Sarawak ke tahap terbaik terutamanya di kawasan luar bandar sentiasa menjadi keutamaan," ujarnya.



Beliau berkata, Dldengan terlaksananya semua inisiatif itu, ia akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sarawak, pada masa yang sama, ia akan juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan.



"Saya merayu kepada Wanita dan Pemuda agar memahami program, polisi dan strategi PCDS 2030, menjelaskan hasrat murni kerajaan kepada semua ahli-ahli dan akar umbi parti, selain menyertai program- program PCDS 2030 ini," jelasnya.

Next Post Previous Post