Padah tunjuk hebat di jalan raya

Remaja ditahan lakukan aksi berbahaya di jalan raya. Gambar kredit IPD SIbu

SIBU— Seorang remaja ditahan polis kerana melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Permai semalam.


Operasi  sekitar jam 4 petang sehingga 9 malam tadi dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.



“Seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun dipercayai melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya telah ditahan.


Remaja itu telah dibawa ke balai trafik untuk tindakan lanjut. Kesalahan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata IPD Sibu menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000.


Sementara itu, sebanyak 18 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Samseng tersebut.


Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan aksi-aksi berbahaya yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain.


Maklumat berkaitan samseng jalanan boleh disalurkan kepada pihak BSPT Sibu bagi bersama-sama mengekang kegiatan ini.

Next Post Previous Post