Mayat wartawan British ditemukan di Brazil
BUENOS AIRES—Identiti mayat yang ditemui di Amazon disahkan milik wartawan Britain, Dom Philips lapor Agensi Anadolu.
Pengesahan dibuat setelah ujian forensik dan rekod pergigian dijalankan terhadap mayat yang ditemui itu, menurut polis persekutuan Brazil pada Jumaat.
Selain itu, proses pengecaman seorang jurupandu yang juga pakar pengkaji masyarakat orang asli, Bruno Pereira diteruskan serta punca kematian Philips dan Pereira kini masih disiasat.
Phillips, 57, yang bekerja untuk akhbar The Guardian berpangkalan di Britain, mengembara ke wilayah itu untuk menulis buku mengenai orang asli di Amazon manakala Pereira, 41, seorang pakar di Yayasan Pribumi Nasional milik kerajaan.
Kedua-dua mereka dilaporkan hilang sejak 5 Jun lepas.
-- BERNAMA