Maritim Indonesia tahan dua bot nelayan Malaysia

Adin Nurawaluddin (Gambar kredit FB)

JAKARTA—Pihak berkuasa maritim Indonesia menahan empat bot termasuk dua bot yang berdaftar di Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.


Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia dalam satu kenyataan berkata dua bot Malaysia dengan pendaftaran PKFB 1269 dan dan PKFB 1280 dikesan di Selat Melaka pada 8 Jun lalu.


"Ini menunjukkan komitmen kami untuk menghapuskan penangkapan ikan secara haram serta melindungi sumber marin dan perikanan negara," kata Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Marin dan Perikanan, Adin Nurawaluddin.


Beliau berkata bot dan barang rampasan dibawa ke Pelabuhan Perikanan Belawan, di Medan, Sumatera Utara untuk siasatan lanjut.


Setakat tahun ini, agensi itu telah menahan 79 bot haram asing dan tempatan termasuk lapan bot yang berdaftar di Malaysia.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post