Long Bemang dilandar banjir kali ke-6 tahun ini, 523 penduduk terjejas

Paras air di Long Bemang dilaporkan meningkat hari ini. Gambar Bomba 

MIRI— Paras air di kampung Long Bemang Ulu Baram dilaporkan meningkat berikutan hujan berterusan sejak semalam.


Seramai 523 penduduk daripada 100 buah pintu rumah panjang tersebut terjejas selepas paras air mula menaik awal pagi ini.


Borneo Network difahamkan, sekitar jam 8.13 pagi ini paras air direkodkan meningkat kepada 2.4 kaki berbanding semalam 1 kaki.


Namun tiada pemindahan penduduk memandangkan keadaan masih terkawal.

Next Post Previous Post