Lelaki ditahan polis disyaki ejen judi

Gambar kredit PDRM

BAU—Polis Bau telah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian di sebuah kedai serbaneka di Bau Town District, Jalan Seringgok, di sini petang tadi.


Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditahan menerusi Op Dadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bau sekitar jam 4 petang. 


“Lelaki yang berasal dari Kampung Tabuan, Lundu itu kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Sementara itu, menurut Poge, polis turut merampas seunit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dalam operasi.


Bagaimanapun katanya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. 


“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000.


“Suspek juga akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Next Post Previous Post