Lelaki cedera kereta terbabas rempuh pokok

Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kaki tempat duduk pemandu. Gambar kredit Bomba

BINTULU—Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di jalan berhadapan Ibraco di sini, awal pagi tadi.


Dalam nahas sekitar jam 5.10 pagi itu, pemandu yang dikenali sebagai Chan Yong Xie,25, tersepit di bahagian pemandu.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.13 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokas kejadian.



"Sejurus tiba, Komander Operasi mengesahkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Estima," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut PGO, terdapat seorang mangsa lelaki telah tersepit dibahagian kaki tempat duduk pemandu.


Katanya, pasukan bomba bertindak mengunakan peralatan khas untuk mengeluarkan lelaki itu.


"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya," tambah PGO.

Next Post Previous Post