Krisis air Miri: Kerja baik pulih paip air disegerakan

Kerja membaik pulih paip pecah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu sedang giat dijalankan. Gambar kredit Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi

KUCHING— Kerja membaik pulih saluran paip yang pecah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu mengambil masa lama susulan hujan lebat yang berlaku semalam menyebabkan tapak saluran banjir. 


Demikian kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.


Datuk Julaihi Narawi


Menurut beliau, kerosakan berlaku disebabkan sambungan saluran paip berdiameter 1,100 mm itu terlepas pada 16 Jun lalu disebabkan oleh pergerakan tanah. 


"Saluran paip ini masih dalam keadaan baik meskipun berusia lebih 30 tahun, cuma kerosakan berlaku disebabkan pergerakan tanah di kawasan terbabit," katanya.


Kerja membaik pulih paip pecah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu sedang giat dijalankan. Gambar kredit Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


Julaihi berkata, beliau tidak menjangkakan kerosakan akan berlaku susulan batang paip yang digunakan adalah berkualiti tinggi. 


Mengulas lanjut katanya, kementeriannya bersama-sama agensi dan LAKU Management Sdn Bhd sedang berusaha memulihkan bekalan air dengan segera.


Kerja membaik pulih paip pecah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu sedang giat dijalankan. Gambar kredit Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi


"Kerja membaik pulih dijangka siap esok dengan bekalan air dapat disalurkan sepenuhnya ke semua kawasan terjejas menjelang Isnin.


“Malah ketika ini LAKU sedang menggerakkan lori tangki air untuk membekalkan air ke 80 peratus kawasan yang terjejas di sekitar kawasan.

Next Post Previous Post