Kilat Boy harumkan nama negara di Pakistan

Daelionel berjaya menewaskan petinju tuan rumah, Sikender Abbasi menerusi pukulan technical knock out (TKO)

KUCHING—Kejayaan petinju profesional Sarawak, Daeloniel McDelon yang mewakili Malaysia pada Kejohanan Tinju Profesional, 'WBA Tripple Championship' di Pakistan semalam satu pencapaian yang amat membanggakan.


Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, kejayaan Daelionel atau lebih mesra dengan panggilan 'Kilat Boy' merangkul juara bagi kategori 57 kilogram (kg) amat membanggakan negara dan Sarawak khasnya penduduk Betong. 


Rentap bersama Daelionel (kiri)


"Tahniah kepada Daelionel Kilat Boy Mcdelon Bong di atas kemenangannya dalam kategori 57kg selepas menewaskan petinju profesional dari Pakistan, Sikendar Abbasi dengan 'knock out'. 


"Kami dari Betong amat bangga dengan kejayaan yang ditempa beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 


Terdahulu, petinju tunggal Malaysia berjaya menewaskan petinju tuan rumah, Sikender Abbasi menerusi pukulan technical knock out (TKO).


Kejayaan itu hasil persiapan rapi yang dilakukannya sebelum kejohanan antarabangsa pertamanya, memandangkan akan bertemu Sikendar Abbasi yang memiliki rekod cemerlang sepanjang karier.


Untuk rekod, Daeloniel pernah memenangi pingat emas masing-masing di Kejohanan Tinju Zon Borneo 2015,  Kejohanan Tinju Profesional Jakarta 2016, Kejohanan Tinju Profesional Mayor Cup Johor 2018, Kejohanan Tinju Kebangsaan Piala Malaysia Edisi 2019-2021 dan Kejohanan Tinju Piala Menteri Belia dan Sukan pada tahun ini.


Kejohanan yang berlangsung di Stadium Lalak Jan turut menampilkan peserta dari Indonesia, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Nigeria.

Next Post Previous Post