Kilang perabot terbakar 80 peratus
Anggota bomba memadamkan kebakaran kilang perabot di Jalan Semangat Estet Perindustrian Pending. Gambar JBPM |
KUCHING—Sebuah kilang perabot di Jalan Semangat Estet Perindustrian Pending, Bintawa dekat sini, terbakar 80 peratus dalam kejadian petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 6.05 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Tabuan Jaya, Padungan dan Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, Komander Operasi, Turut berada di lokasi, Pegawai Operasi Zon, PPgB Nazari Harun mengesahkan kebakaran melibatkan bangunan premis kilang perabot jenis kekal setingkat.
"Dianggaran kilang dengan keluasan bangunan 20' x 40' itu mengalami kemusnahan sekitar 80 peratus," katanya.
Menurut PGO, pemilik bangunan memaklumkan struktur premis kilang telah diubahsuai sementara maklumat daripada orang awam, kesemua pekerja telah pulang balik kerja semasa kejadian berlaku.
Katanya, pasukan Bomba terus menjalankan 'offensive' dan 'defensive' dengan berjaya membuka bukaan struktur dinding jenis 'zink' bagi laluan anggota operasi masuk ke dalam premis.
Sementara itu katanya, pasukan pemadam masih giat melakukan operasi pemadaman.
"Api kemudian berjaya dikawal pada jam 6.45 petang," katanya.