Kereta hangus terlibat kemalangan


MIRI—Sebuah kereta Perodua Viva hangus sejurus terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah kenderaan jenis pikap di Jalan Pan Borneo Simpang Jawa, Batu Niah pada petang Sabtu.


Menurut Pemangku Ketua Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, seramai enam anggota dari Balai Bomba Batu Niah telah bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 4.20 petang.



Tujuh pekerja Pan Borneo turut membantu pihak Bomba.


"Setakat laporan yang kita terima, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa," ujarnya.



Difahamkan salah seorang mangsa wanita dari kenderaan jenis pikap , berusia 59 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan telah telah dibawa oleh ahli keluarganya di klinik berhampiran bahi menerima rawatan perubatan.


"Maklumat mangsa yang menaiki Perodua Viva tidak dapat dipastikan kerana mangsa tiada di lokasi setelah ketibaan anggota bomba," jelasnya.


Operasi memadam kebakaran tamat pada jam 5 petang.

Next Post Previous Post