Jejambat Lapangan Terbang Miri dibuka tengah malam 20 Jun

Lee meninjau tapak Jejambat Lapangan Terbang Miri yang akan dibuka kepada orang awam pada pukul 12 tengah malam 20 Jun.

MIRI—Jejambat Lapangan Terbang Miri bakal dibuka kepada orang awam bermula pukul 12 tengah malam 20 Jun ini.


Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin bekata, jejambat sepanjang 850 meter itu merupakan salah satu Pakej Kontrak Kerja (WPC) 11 Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).


“Dengan pembukaan ini, ia diharap dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dari kawasan Taman Tunku menghala ke Kuala Baram dan Permyjaya,” katanya kepada media selepas pemeriksaan ke tapak Jejambat Lapangan Terbang Miri hari ini.


Lee menambah, selepas kerja-kerja pembinaan di bahagian ini siap, pihak kontraktor akan menumpukan pembinaan projek di Pujut Corner dan Jambatan Dua Laluan Sungai Miri di kawasan persimpangan Padang Kerbau.


"Persimpangan Padang Kerbaudijangka siap pada pertengahan Julai tahun ini,”kata Lee.


Turut hadir Pengurus Zon Utara Unit Lebuhraya Pan Borneo (PBHU) JKR Sarawak Ir.  Siaw Ming Chian.

Next Post Previous Post