Isu harga ayam, barang keperluan lain jadi perhatian yang perlu diambil tindakan sewajarnya
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua dari kanan) melihat ayam yang dijual di sebuah pasaraya sewaktu mengadakan tinjauan baru-baru ini. |
KUCHING-- Isu kenaikan harga ayam dan barangan keperluan lain kian dirasai rakyat di negara ini terutamanya di Sarawak.
Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi meminta pemborong dan peruncit ayam agar tidak menaikkan harga ayam secara drastik apabila Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam tamat pada 30 Jun ini.
Beliau dipetik berkata, pihak berkepentingan industri telah diberitahu supaya tidak menaikkan harga ayam terlalu mahal.
Bagaimanapun, pengguna mendakwa harga ayam dan barangan keperluan lain telah naik secara mendadak sejak pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Di halaman Facebook Borneo Network, rata-rata netizen melontarkan komen mereka berhubung isu tersebut dengan harapan kerajaan melalui kementerian bertanggungjawab bertindak dengan sewajarnya.
Malah, ada juga yang kesal dan mendakwa kerajaan kini gagal mengurus tadbir negara dengan baik hingga menyebabkan masalah ini timbul.
Berikut antara komen netizen berhubung isu tersebut:
"Keunikan mnteri2 mlaysia,kos penternak mkin mninkat,harga dedak ayam smakin naik,mcam mna ayam tak naik harga..kerajaan gagal kawal ekonomi dn pntabiran,mnteri xda cop sirim👎".
"Kpd kementerian berkaitan jgn memberi harapan dan kata2 palsu pada rakyat kalau tak mampu nk laksanakan. Kesian pd rakyat yg sangat2 berharap. Hari ni korang datang check peniaga letak harga biasa. Ko melangkah keluar jer diorang dh tukar harga balik. Sama2 fikir kita semua adalah pengguna."
"Ok YB...kami rakyat pun faham sekarang bahawa peranan kementerian dan menteri hanyalah mengumumkan dan mengesahkan sesuatu issue...bukan lagi utk mengambil tindakan2 yg perlu utk meringankan beban peniaga/penternak mahupun rakyat...terima kasih YB"
"Kita tdk blh bantah harga barang yg akan naik sbb perniaga pasti kata Kos berniaga telah meningkat , apa yg blh kita katakan ialah kita minta gaji pekerja Di naikkan minimum pun RM 4000 dan ke atas....tunggu dan dengar apa kata kerajaan malaysia."
"Ternakan ayam di monopoli dan baja juga di monopoli pihak tertentu sebab itu senang bagi mereka menekan kerajaan dan menaikkan ayam dan baja.
jika ianya diperluaskan untuk banyak syarikat sudah tentu kesempatan tidak ada bagi pihak tertentu sahaja menguasai pasaran, memang baja naik harga tapi tidak lah terlalu membebankan mereka lagipun kerajaan Memberi subsidi."
"Sepatutnya menteri bukan galakkan penjual,penteranak untuk naikkan harga,tetepi membantu rakyat.brg melambung naik,contoh air meniral.semasa tiada air sampai harga rm19,25 ringgit sekotak.dah rakyat susah,kemana kpdnhep tak pantau harga brg,kalau rasa tak larat berhenti,bagi org lain pegang."
"Dlm byk keadaan, kenaikan harga barang bukanlah tindakan sesuka hati pemborong/penjual. Sebaliknya pengaruh ekonomi global dan faktor² lain. Mslh ini bukan berlaku di Msia sahaja. Pasca pandemik, permintaan tiba2 melonjak, maka kenaikan harga bahan mentah berlaku. Dlm keadaan begini tak byk yg boleh dilakukan oleh kerajaan. Kalau dah sampai keadaan terpaksa dinaikkan apa yg mampu kita buat. Pengusaha, pmbrong, peruncit pun nak untung jugak. Bg saya berjimat jalan terbaik."
"Menteri dlm Malaysia ni makin lama makin pelik mungkin kurang tidur malam agaknye.bercakap dalam tertidur."
"Sekarang ini tidak lagi masuk bulan 7 namun hakikatnya barangan seperti minyak masak dan gula susah mahu dapat ada pun pandai naik jika sampai ke kawasan kedai runcit PPR dan juga kawasan perkampungan minggu lalu isteri beli harga 4 ringgit satu peket hari ini naik lagi 4.50 sandi sudah minyak masak sekarang kerajaan susah kerajaan mahu kawal harganya."
"Buat lah planning. Buat industry tanam makanan ayam. Buat industry buat makanan ayam. Buat industry ternak ayam sebagai contoh. Sarawak masih banyak tanah. Kalau private sector tak mau buat kerajaan buat. Dapat juga mengadakan banyak peluang pekerjaan. Ini tidak, asyhik hendak bercakap tentang jangan mengaut untung yang tidak berpatutan sahaja. No long term permanent solutions. Belachan...!!! Incompetent minister!!Tukar...."
"Boleh bagi Naik tapi... tentukan ada beza rasanya...ada perisa kopi, perisa vanilla, perisa durian....ni kalau ayam masih lagi rasa macam ayam, pasal apa Naik??...warna pun masih macam tu...Cuba ubah ada warna biru ke, ungu ke, kan? Beli benda yang sama sejak ribuan Tahun tapi harga sentiasa berubah...Gila kan? Kalau kereta lain lah...model, warna, teknologi, bahan binaan dan pembuatan sentiasa berubah... kan?.... Kalau beterusan naik..alamatnya, 10 Tahun lagi Kita akan beli ayam cara loan dengan bank tau Tak?"
Sementara itu, Nanta menegaskan sekiranya pihak berkepentingan industri didapati menaikkan harga ayam secara drastik, KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga kerana mengaut keuntungan.