Iraq miliki rizab minyak keempat terbesar di dunia
BAGHDAD—Iraq memiliki rizab petroleum keempat terbesar di dunia, menurut Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada Rabu.
OPEC menerusi laporan tahunannya mendedahkan rizab minyak mentah dunia kini berjumlah 1,545,071 trilion tong pada akhir 2021, lapor Agensi berita Nasional Iraq (NINA) Iraq menduduki tangga keempat di dunia dengan memiliki rizab petroleum sebanyak 145.019 bilion tong.
Venezuela mengungguli tempat pertama dengan jumlah rizab keseluruhan mencecah 303.468 bilion tong minyak diikuti Arab Saudi dengan 267.192 bilion tong, dan Iran dengan 208.600 bilion tong.
Organisasi itu juga menunjukkan bahawa negara-negara Asia Barat mempunyai jumlah rizab terbesar di dunia iaitu sebanyak 869.612 bilion tong minyak diikuti negara-negara Amerika Latin di tempat kedua (329.481 bilion tong) dan Afrika di tempat ketiga (120.210 bilion tong).
-- BERNAMA