Ibu meraung lihat anak tunggal maut kemalangan

Kemalangan maut di lampu isyarat Jalan Wan Alwi berhadapan sebuah pusat beli belah terkemuka di sini. Gambar ihsan pembaca

KUCHING—Seorang juruteknik pendingin hawa maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di lampu isyarat Jalan Wan Alwi berhadapan sebuah pusat beli belah terkemuka di sini. 


Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Eason Chong berusia dalam lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 



Difahamkan mangsa merupakan anak lelaki tunggal bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa di syarikat milik keluarganya.


Kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi tadi berdekatan lampu isyarat Jalan Wan Alwi berhadapan dengan sebuah pusat beli belah di sini. 



Tambah sumber, ibu mangsa turut datang ke lokasi dan kelihatan meraung kesedihan setelah mendapati anaknya terlibat kemalangan dan disahkan meninggal dunia. 


Mayat mangsa kemudian dibawa oleh polis untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. 


Kerja-kerja pembersihan bekas kemalangan termasuk darah juga dilakukan. 

Next Post Previous Post