Ibu cemas anak terkunci dalam kereta

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kanak-kanak perempuan yang terkunci di dalam kereta di Lorong Budaya Taman Jelita hari ini. Gambar kredit Bomba

MIRI—Seorang wanita di Lorong Budaya Taman Jelita mengalami detik cemas selepas anaknya berusia dua tahun terkunci di dalam kereta dalam satu kejadian hari ini.


Sebelum kejadian, kanak-kanak perempuan tersebut dikatakan bermain di dalam kenderaan tersebut sebelum terkunci di dalam, menyebabkan ibunya dan ahli keluarga yang lain panik.


Menurut Pemangku Ketua Jabatam Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Supt Ahmad Nizam Sapaiee, seramai lima anggota dari Balai Bomba Miri Sentral telah dikerahkan ke kokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.23 petang tadi.


"Setibanya dilokasi kejadian,didapati seorang budak berumur dua tahun terkunci di dalam kereta Perodua Axia. Setelah 'size up' dijalankan operasi diteruskan dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta tersebut sehingga berjaya dibuka," ujarnya.


Operasi tamat pada jam 2.04 petang.

Next Post Previous Post