Dua wanita tersepit, kereta langgar pokok

Keadaan kereta yang melanggar pokok di Jalan Permai di sini malam tadi.

MIRI—Dua wanita tersepit selepas sebuah kereta kemalangan kendiri melanggar pokok di Jalan Permai, di sini, malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.43 malam dengan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Lopeng ke lokasi kejadian.


"Setibanya Bomba di lokasi mendapati sebuah kereta terlibat kemalangan kendiri melanggar pokok di tepi jalan raya. 


"Kemalangan tersebut menyebabkan dua mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, selepas pemeriksaan dibuat, pasukan bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan dikeluarkan menggunakan stretcher.


"Kedua-dua wanita berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital Miri dengan menggunakan ambulans dan jentera Unit EMRS untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Next Post Previous Post