Dua pelajar Tingkatan 5 cedera

Anggota APM membantu dua pelajar yang kemalangan mendapatkan rawatan. Gambar kredit APM Sarikei

SARIKEI— Dua pelajar Tingkatan 5 cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan Hilux di Jalan Friendship, Sarikei petang semalam.


Kemalangan itu disedari oleh orang awam yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada jam 5.05 petang untuk bantuan.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, empat anggota bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.


“Tiba di lokasi, didapati motosikal dibonceng oleh dua mangsa telah berlanggar dengan pacuan empat roda jenis Hilux ketika kenderaan itu hendak masuk simpang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Kedua-dua pelajar perempuan berusia 17 tahun itu yang mengalami kecederaan kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post