Disangka hilang, rupanya berkahwin wanita tempatan

Kehilangan Sushil Singh, 27, sejak tujuh tahun lalu dilaporkan kedutaan India di Kuala Lumpur pada 31 Mei lepas.

SIBU—Dilaporkan hilang, rupa-rupanya seorang lelaki warganegara India dijumpai selamat berkahwin dengan wanita tempatan di sini.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kehilangan Sushil Singh, 27, sejak tujuh tahun lalu dilaporkan kedutaan India di Kuala Lumpur.


Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Balai Polis Sibujaya telah berjaya mengesan orang hilang (OH)  itu  susulan panggilan yang diterima polis daripada seorang pemberi maklumat yang menyatakan mengenai lokasi lelaki itu pada Ahad lalu.


"Pemeriksaan dan semakan mendapati lelaki tersebut adalah orang yang sama seperti yang dilaporkan.


"Hasil siasatan didapati lelaki asing itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga tempatan dan tinggal di bandar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,pihaknya menerima laporan  mengenai kehilangan lelaki warga asing itu  pada 31 Mei lepas.


"Kali terakhir mengesan kedudukan OH berada di Lapangan Terbang Sibu pada 3 Jun 2015,"ujarnya.

Next Post Previous Post