Detik cemas rumah dihempap pokok tumbang

Pokok tumbang menghempap sebahagian rumah di Jalan Miri-BIntulu Pesisir Pantai semalam. Gambar kredit Bomba


MIRI—Sebuah keluarga di  Jalan Miri -Bintulu Pesisir Pantai berhadapan detik cemas apabila sebahagian rumah mereka dihempap dua pokok tumbang dalam kejadian petang Khamis


Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian.


Gambar kredit Bomba


Menurut Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah bergerak ke lokasi selepas dimaklumkan kejadian pada jam 3.19 petang.


"Kedua-dua pokok tersebut menghempap rumah mangsa yang sedang dalam proses pembinaan dan kabel elektrik turut rosak mengakibatkan bekalan elektrik terputus," ujarnya.


Operasi tamat jam 5.30 petang.

Next Post Previous Post