Cemas, tayar belakang lori sedang dipandu terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran tayar lori dalam kejadian di Simpang Sepupok pagi tadi. Gambar kredit Bomba

MIRI— Seorang pemandu lori 10 tayar bersama kelindannya berdepan detik cemas, apabila salah satu tayar belakang kenderaan tersebut tiba-tiba terbakar ketika melalui simpang Sepupok pagi tadi.


Borneo Network difahamkan, lokasi kejadian terletak hanya 1km dari simpang Sepupok.



Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu, lori terbabit yang membawa 200 guni baja sawit dan 250 guni racun tikus datang dari arah Sibu menuju Batu Niah.


Menurut pemandu lori, sebelum kejadian, beberapa kenderaan ada menyalakan lampu kecemasan kepadanya, namun beliau menyangkakan pemandu lain hanya hendak meminta laluan untuk memotongnya.


"Kejadian hanya disedari ketika kami sampai di kawasan persimpangan Sepupok, apabila saya dan kelindan lori terlihat api yang sangat marak pada bahagian tayar belakang sebelah kiri, dan tanpa berfikir panjang saya terus mencapai sebuah alat pemadam api dari dalam tempat duduk lori," ujarnya.



Mujur, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sementara itu, menurut Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, seramai lima anggota dari Balai Bomba Batu Niah telah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.07 pagi.


Lokasi lejadian terletak 13km dari Balai Bomba Batu Niah.


Operasi pemadaman tamat pada jam 10.15 pagi.

Next Post Previous Post