'Boy' miliki 22 rekod jenayah lampau dicekup polis, curi motosikal dan besi

Suspek berusia 28 tahun itu ditangkap sekitar jam 3.15 petang di kaki lima sebuah bangunan kosong, Jalan Tapang Kota Sentosa. Gambar PDRM


KUCHING—Seorang lelaki yang mempunyai 22 rekod jenayah lampau dicekup polis petang Selasa kerana disyaki terlibat dengan kes curi motosikal dan besi di Kota Sentosa di sini. 


Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditangkap sekitar jam 3.15 petang di kaki lima sebuah bangunan kosong, Jalan Tapang Kota Sentosa. 



"Semasa anggota membuat rondaan di kawasan pentadbiran telah terserempak dengan suspek yang dicari dengan panggilan nama ‘boy’ sedang duduk di kaki lima bangunan kosong, Jalan Tapang. 


"Ketika anggota hendak membuat pemeriksaan ke atas suspek, dia terus melarikan diri ke dalam semak sebelah bangunan dan telah berlaku pergelutan semasa melaksanakan tangkapan," katanya dalam kenyataan. 


Tambahnya, semasa soal siasat, suspek mengaku mencuri motosikal jenis Honda C100 warna biru dan mencuri besi di Shell Batu 6 bersama rakan suspek bernama 'Frankey' .


Berikutan itu, tegas Abang Zainal, suspek ditangkap di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 


Dedahnya lagi, suspek mempunyai rekod kes lampau iaitu 18 kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, dua kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan dua kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Next Post Previous Post