Bintulu dan Sibu hantar bekalan air ke Miri

(dari kiri ke kanan) Abdul Aziz, Lee, Yii dan Daniel 

MIRI—Sebanyak empat buah lori tangki air dari Bintulu dan Sibu dihantar ke sini bagi membekal bekalan air kepada penduduk Miri yang mengalami gangguan bekalan air sejak pagi semalam.


Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin, pihaknya telah memohon Bintulu dan Sibu bagi membantu mengagihkan bekalan air kepada 65,000 isi rumah atau 85 peratus pengguna air di sini yang terjejas susulan kebocoran pada paip di dasar tanah di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu.


"Krisis kali ini sangat mencabar, kerana pembaikan perlukan dilakukan pada dua bahagian paip yang bocor," jelas Lee pada satu sidang media pagi tadi di pejabat LAKU Management Sdn Bhd di Bukit Selatan Miri.


Katanya, pihak LAKU bersama jurutera dari Majlis Bandaraya Miri (MBM) sedang bertungkus-lumus di lokasi melakukan kerja-kerja pembaikan.


Jelas Lee, pihaknya turut memohon bantuan agensi swasta yang mempunyai lori tangki air untuk tampil bersama membantu dalam proses pengagihan air di sekitar bandar Miri.


Jadual penghantaran akan dikordinasikan pihak pejabat Residen Miri.


Turut hadir Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Pujut Adam Yii Siew Sang, Residen Daerah Miri Mohd Abdul Aziz Yusof dan  ketua eksekutif LAKU Daniel Punang.

Next Post Previous Post