Bekalan air di Miri dijangka pulih pada Ahad
Keadaan paip yang sudah hampir siap dibaiki dan selepas hujan lebat yang menenggelamkan paip tersebut. |
MIRI— Hujan lebat sejak tengah hari tadi menenggelamkan kerja-kerja pembaikan paip yang rosak di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, kerja-kerja pembaikan dijadualkan siap dalam tempoh 36 jam iaitu pada jam 5 petang Jumaat.
“Namun hujan lebat menyebabkan kawasan itu ditenggelami air sekaligus merosakkan kerja yang hampir siap.
Kontraktor LAKU Management Sdn Bhd terpaksa melakukan semula kerja-kerja membaiki paip tersebut,” katanya.
Sementara itu, LAKU dalam kenyataan memberitahu, kerja-kerja baik pulih itu dijangka siap pada jam 12 tengah hari, 19 Jun (Ahad).
Orang awam yang terjejas boleh mendapatkan bekalan air bersih di lapan buah pusat iaitu;
1. Loji Rawatan Air Lambir
2. Miri Sentral berhampiran SL Supermarket/ Hospital Miri
3. Pusat Komersial Lapangan Terbang Miri
4. Milea Residence, Pusat Industri Eastwood
5. Pusat Komersial Permyjaya (Desa Pujut 1), Ah Hong Tudan, Permyjaya Mall
6. Permyjaya Desa Pujut 2
7. Senadin (Jumbo Seafood)/ Lutong (Tempat letak kereta New World Mart)
8. Piasau/Krokop (Taman Bulatan, Stadium Tertutup dan Masjid Darul Ehsan.