APM musnahkan sarang tebuan sebesar bola

Pasukan APM kemudiannya bertindak memusnahkan sarang tebuan. Gambar APM Miri

MIRI—Pemilik sebuah rumah di Strawberry Park Jalan Aru di sini dikejutkan dengan kehadiran banyak tebuan di sekitar rumahnya petang semalam.


Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, maka pemilik kediaman yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun bertindak menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah  (PKOD) Miri bagi menjalankan khidmat khas membunuh serangga berbisa dan boleh mendatangkan kemudaratan itu.


Jurucakap Agensi Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, seramai lima anggotanya ke lokasi dinyatakan sejurus menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 6 petang.


"Sampai di lokasi, pasukan APM mendapati sememangnya terdapat sarang tabuan tanah pada sebatang pokok berhampiran kediaman pengadu," ujarnya.


Pasukan APM kemudiannya bertindak memusnahkan sarang tebuan sebesar saiz bola sepak itu dengan menggunakan teknik semburan dengan Ridsect dan bakar.


Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan APM balik semula ke PKOD Miri.

Next Post Previous Post