Apa nak jadi: Ambil gambar, video lebih penting daripada bantu mangsa kemalangan


BAU-- Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kesal terhadap sikap masyarakat pada zaman ini yang lebih mengutamakan bahan untuk media sosial mereka berbanding menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan disaat kecemasan. 


Kata pengguna media sosial itu, ia menerusi pengalaman yang dialami saudaranya sendiri ketika ibu saudara mereka terlibat kemalangan di Jalan Kampung Skibang, Bau baru-baru ini. 


Jelasnya, semasa kemalangan itu berlaku, saudaranya terjumpa sendiri ibu saudara mereka terlibat kemalangan tersebut. 


Sebaik sahaja mengetahui ibu saudaranya terlibat kemalangan, dia menghubungi saudara maranya di kampung. 


"Bahagian ini menyebabkan saya tawar hati, bayangkan, saudara saya cuba menghentikan kereta-kereta yang melalui tempat kejadian untuk minta tolong tetapi satu pun tidak berhenti. 


"Apa yang mereka (pengguna jalan raya lain) yang melalui kawasan itu hanya berhenti seketika untuk mengambil gambar dan video dan kemudian berlalu pergi," katanya dalam hantaran di Facebooknya.



Sementara itu, pasangan pengguna media sosial tersebut turut berkongsi pengalamannya ketika membuat laporan polis berhubung kes kemalangan melibatkan ibu saudara mereka itu. 


Namun, katanya, individu yang didakwanya seorang pegawai polis bersikap kasar ketika dia tampil membuat laporan. 


"Aku tahu ramai polis yang bagus dan baik. Tetapi hari ini, aku dah tahu kenapa dan punca orang takut untuk tampil membuat laporan polis. 


"Ini cerita aku pagi tadi, aku niat nak pergi balai buat laporan bagi pihak ibu saudara yang terlibat kemalangan. 


"Tiba aku di balai, aku jumpa seorang Sarjan ini, sekali sarjan itu keluar, dia terus berkata 'kenapa?'Aku jawab aku hendak buat laporan polis pasal ibu saudara aku kemalangan ketika hendak turun kerja dari Kampung Stass/Skibang.


"Sarjan itu kemudian berkata dia dari Stass ka Skibang? Sepatutnya dia yang datang sini buat laporan... Suruh dia (ibu saudara) datang (kata sarjan berkenaan dalam nada tinggi)," jelasnya. 



Selepas itu, katanya, pegawai polis berkenaan menyuruh anggotanya yang lain untuk mengambil laporan tersebut sebelum dia pergi dari situ.


Ekoran kejadian itu, pengguna berkenaan kesal dengan sikap dan layanan pegawai polis berkenaan.


Difahamkan, ibu saudara pengguna media sosial berkenaan yang sebelum ini dirawat di Hospital Bau telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Next Post Previous Post