Anjing K9 bantu operasi cari mangsa hilang di Sungai Telong

Operasi SAR di darat menggunakan khidmat anjing pengesan K9

MIRI—Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang semasa memasang perangkap ketam di Sungai Telong Suai Niah memasuki hari kelima hari ini.


Menurut Pemangku Ketua Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) zon 6 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee, pasukan SAR memperluas pencarian di Sungai Telong dengan radius 5 kilometer bermula dari hulu dan seterusnya ke hilir. 


Operasi SAR di Sungai Telong diperluas dengan radius 5 kilometer.


"Pasukan SAR juga turut mencari di kawasan darat sejauh radius 2 kilometer dan turut menggunakan khidmat anjing pengesan daripada unit K9 PDRM," ujarnya.


Namun, setakat ini, usaha pencarian masih gagal menemui sebarang petunjuk. 


Pencarian mangsa hilang tersebut ditangguhkan pada jam 6 petang tadi.


Mohamad Sapie, 37, warga Indonesia dilaporkan hilang oleh pengurus sebuah ladang sawit tempat dia bekerja pada 7 Jun sekitar jam 8 malam selepas tidak pulang selepas keluar memasang bento ketam di kawasan tersebut.

Next Post Previous Post