29,166 calon Sarawak dapat sijil SPM, 12 orang dapat gred A+ dalam semua mata pelajaran



KUCHING—Seramai 29,166 calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berjaya mendapatkan sijil, kata Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad.

Beliau memberitahu berkata, 88.29 peratus daripada 33,035 orang calon SMK yang hadir itu telah memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. 

"Pencapaian calon layak sijil, seramai 29,166 orang calon iaitu 88.29 peratus telah layak menerima sijil dan sebanyak 17 buah sekolah telah mencapai 100 peratus Calon Layak Sijil dalam SPM 2021," katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2021 di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak di sini hari ini. 

Azhar berkata, daftar calon bagi peperiksaan SPM 2021 menyaksikan seramai 36,385 orang calon di Sarawak telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. 



"Daripada jumlah tersebut, seramai 34,142 orang iaitu 93.83 peratus merupakan calon SMK, 937 orang (2.58 peratus) calon Sekolah Menengah Swasta, 316 orang (0.87 peratus), calon sekolah di bawah agensi lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , 26 orang (0.07 peratus) calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 964 orang (2.65 peratus) calon persendirian," jelasnya lagi.

Pada masa yang sama Azhar memberitahu pencapaian calon Sarawak mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) pada 2021 pula mencatatkan nilai 5.17. 

Katanya, dalam peperiksaan SPM 2021, sebanyak 78 mata pelajaran telah diambil oleh calon negeri Sarawak.


"Daripada jumlah itu , 42 mata pelajaran mencapai kelulusan 100 peratus, 27 mata pelajaran mencapai kelulusan 90 hingga 99.9 peratus sementara 6 mata pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9 peratus," jelasnya. 

Tambahnya, sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan. 

Jelasnya, sebanyak tiga sekolah (1.59 peratus) telah memperoleh pencapaian Cemerlang. 

Sementara itu, beliau memberitahu 30 sekolah iaitu 15.87 peratus memperoleh pencapaian Baik dan 153 buah sekolah (80.95 peratus) memperoleh pencapaian Memuaskan. 

"Manakala , hanya 3 buah sekolah (1.59 peratus) yang memperoleh Pencapaian Berpotensi. 

"Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) , antara sekolah terbaik ialah SM Sains Kuching Utara, SM Sains Kuching, SM Sains Miri, SMK St Elizabeth, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, SMK Sacred Heart, SMK Agama Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, SMK St Anthony, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Kubong, SMK Tiong Hin, SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, SMK Tung Hua, SMK Methodist, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Sungai Tapang," ujarnya.

Meskipun ada kekurangan pada diri, lima pelajar berkeperluan pendidikan khas berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad berkata, lima orang calon Murid Berkeperluan Pendidikan Khas telah mencapai tahap kecemerlangan dalam SPM 2021.

"Mereka adalah Christabelle Lim Xin Rou dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, Miri memperolehi 8A+ dan 2A; Danny Yong Zhi Lik SMK Chung Hua, Sibu 5A+, 2A, 1A- dan 1B+; dan Jovian Jeli Duncan dari SMK Methodist, Sibu 1A+, 4A, 2A- dan 1B+.

"Dua lagi calon adalah Fairulnizam Abdul Rahman dari SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching memperolehi 6A, 2B+ dan 1C+; dan Shallzuandy Abdul Wahab Abdullah SMK Semop, Daro 2A, 4A-, 1B+ dan 1D," katanya.

Prestasi pencapaian calon secara keseluruhan pula, Azhar berkata, pencapaian calon Sarawak dalam SPM 2021 menunjukkan keputusan yang sangat memberangsangkan dengan 596 orang calon mencapai sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

"Seramai 12 orang calon berprestasi cemerlang tertinggi mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran.

"Daripada jumlah tersebut, seorang telah mencatatkan 11A+ , enam orang telah mencatatkan 10A+ dan lima orang calon telah mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil," jelasnya.

12 pelajar berprestasi cemerang tertinggi itu adalah, Hong Yong Kai SMK Green Road Kuching 11A+; Ian Jong Kai Yi SMK Green Road Kuching 10A+; Tan Chia Sin SMK Batu Lintang 10A+; Roy Makaay Jeffrey SMK Matang Hilir 10A+; Chieng Chin Wei SMK Chung Hua Miri 10A+; David Ding Sing Yew SMK St Anthony Sarikei 10A+; Natalie Tiong Jia Tian SMK Tung Hua Sibu 10A+; Bong Bin Yong SMK Green Road Kuching 9A+; Aufa Abdul Hadi Kolej Patinggi Abang Haji Abdillah Kuching 9A+; Muhammad Syafiq Abdul Rahman Kolej Patinggi Abang Haji Abdillah Kuching 9A+; Peter Mason Davies SM Sains Kuching 9A+ dan Siti Nurfarahin Sarbini SMK Pujut Miri 9A+.

"Daftar calon bagi peperiksaan SPM 2021, seramai 36,385 orang calon di Sarawak telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.


"Daripada jumlah tersebut, seramai 34,142 orang iaitu 93.83 peratus merupakan calon SMK, 937 orang (2.58 peratus) calon Sekolah Menengah Swasta, 316 orang (0.87 peratus), calon sekolah di bawah agensi lain selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , 26 orang (0.07 peratus) calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 964 orang (2.65 peratus) calon persendirian," jelasnya lagi.

Tambahnya, SPM 2021 Sesi Kedua pula melibatkan 4,066 calon manakala hanya dua orang calon terlibat Sesi Ketiga.

"Dalam peperiksaan SPM 2021, seramai 29,166 orang calon atau 88.29 peratus daripada 33,035 orang calon SMK yang hadir telah berjaya mendapat sijil SPM, iaitu dengan memenuhi syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah," ujarnya. 

Azhar memberitahu bagi pencapaian calon Sarawak mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) pada 2021 pula mencatatkan nilai 5.17.

Katanya, dalam peperiksaan SPM 2021, sebanyak 78 mata pelajaran telah diambil oleh calon negeri Sarawak.

"Daripada jumlah itu , 42 mata pelajaran mencapai kelulusan 100 peratus, 27 mata pelajaran mencapai kelulusan 90 hingga 99.9 peratus sementara 6 mata pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9 peratus," katanya. 

Menurut beliau lagi, sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan. 

Jelasnya, sebanyak tiga sekolah (1.59 peratus) telah memperoleh pencapaian Cemerlang. 

Sementara 30 buah sekolah (15.87 peratus) memperoleh pencapaian Baik dan 153 buah sekolah (80.95 peratus) memperoleh pencapaian Memuaskan. 

"Manakala , hanya 3 buah sekolah (1.59 peratus) yang memperoleh Pencapaian Berpotensi. 

"Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) , antara sekolah terbaik ialah SM Sains Kuching Utara, SM Sains Kuching, SM Sains Miri, SMK St Elizabeth, Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, SMK Sacred Heart, SMK Agama Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, SMK St Anthony, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Kubong, SMK Tiong Hin, SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, SMK Tung Hua, SMK Methodist, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Sungai Tapang. 

"Pencapaian calon layak sijil, seramai 29,166 orang calon (88.29 peratus) telah layak menerima sijil dan sebanyak 17 buah sekolah telah mencapai 100 peratus Calon Layak Sijil dalam SPM 2021," ujarnya. 

Sehubungan dengan pengumuman keputusan ini katanya, calon-calon yang ingin membetulkan maklumat peribadi dalam slip keputusan, menyemak semula atau mengemaskini keputusan mereka hendaklah melakukannya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan. 

Tambahnya, Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan permohonan dan membuat sebarang pindaan kepada maklumat keputusan calon yang dibuat selepas tempoh tersebut. 

Tegasnya, bayaran semak semula keputusan bagi setiap mata pelajaran ialah RM100.00 dan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya melalui aplikasi e - Lembaga Peperiksaan ( https://elp.moe.gov.my ).
Next Post Previous Post