Seorang maut, tiga cedera parah kereta bertembung lori

Anggota bomba mengangkat mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan kereta dan lori muatan batu di Kampung Sebuyau pagi tadi.

SIMUNJAN—Seorang lelaki berusia 21 tahun maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan lori dan kenderaan jenis Toyota Wagon di Kampung Sebuyau di sini, pagi tadi.


Mangsa dikenal pasti sebagai Ling Yu Seng, 21 tahun, merupakan penumpang yang duduk bersebelahan pemandu Toyota disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi. 


Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan kereta dan lori muatan batu di Kampung Sebuyau pagi tadi.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.17 pagi berhubung kejadian dan mengarahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi.


Sejurus tiba, Komander Operasi, PBK II Suhadi Ghazali mengesahkan kejadian melibatkan kenderaan jenis Toyota Wagon bertembung dengan lori muatan batu dan terdapat empat  mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.


Seorang maut manakala tiga cedera selepas kereta jenis Toyota Wagon bertembung lori muatan batu di Jalan Sebuyau, pagi tadi.


"Tiga mangsa didapati tersepit manakala seorang mangsa berjaya keluar sendiri,"


“Mangsa yang cedera iaitu Ling Siong Soon, 25, Jackie Ling Yu Hung,24, dan Victor Yong Zhi Hui,18, dibawa ke Hospital Simunjan menggunakan dua ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.05 pagi.

Next Post Previous Post