Sempat berlagak trak pikap curi beberapa jam sebelum ditahan
Suspek diberkas kurang 24 jam selepas mencuri trak pikap di Batu Niah. Gambar kredit Polis Batu Niah |
Kesemua suspek masing-masing berusia 15, 20 dan 24 tahun itu ditahan dalam satu operasi dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Batu Niah pada petang semalam sekitar jam 3.30 petang di dua lokasi berasingan.
Difahamkan, kenderaan itu hilang dicuri selepas diparkirkan berhadapan sebuah kedai di Simpang Ngu, Jalan Miri-Bintulu pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, dua dari suspek telah ditahan di sebuah rumah panjang di Sungai Sekaloh, manakala suspek ketiga di sebuah rumah di Sungai Manong.
Susulan tangkapan kesemua suspek, polis turut berhasil menemukan semula pikap trak dan keempat-empat tayar kenderaan tersebut yang telah dicabut oleh suspek.
Kenderaan tersebut telah ditemui disembunyikan di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Manong.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.