Remaja lelaki bawa taji ayam diberkas
Suspek berusia 15 tahun itu diberkas anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) IPD Miri sekitar jam 8 malam di tepi Jalan Chia Tze Chin.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, taji ayam tersebut ditemui di dalam beg sandang milik suspek semasa anggota JSJ Miri melakukan pemeriksaan badan terhadapnya.
Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.