Remaja 15 tahun antara dua lelaki ditahan terlibat dadah
![]() |
Gambar PDRM Bintulu |
Ketua Polis Daerah (IPD) Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, kedua-dua tangkapan melibatkan remaja serta lelaki berusia 32 tahun itu dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bintulu pada 5 Mei dan 6 Mei lalu.
Katanya, tangkapan pertama telah dilakukan terhadap seorang remaja lelaki di kawasan Pasar Lama, Bintulu pada Khamis.
"Hasil ujian saringan awal mendapati remaja tersebut positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," katanya dalam kenyataan Facebook IPD Bintulu.
Sementara itu katanya, suspek kini disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Pada 6 Mei pula kata Batholomew, satu tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan telah dibuat oleh pasukan BSJN IPD Bintulu di kawasan Jalan Abang Galau, Bintulu.
"Suspek yang berumur 32 tahun itu turut dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.
"Justeru, suspek telah ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dengan berat rampasan dadah 0.8 gram jenis Syabu.
"Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun," tegasnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai, supaya menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Bintulu kepada IPD Bintulu di talian 086-318304.
Kredit teks Sarawak Viral News.