Premier Sarawak beri penghormatan terakhir

Abang Johari memeluk erat Dr Wan Junaidi sebagai melahirkan perasaan simpati di atas pemergian isteri beliau, Allahyarhamah Datin Sri Feona. Gambar kredit Sarawakku

KUCHING—Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba pada jam 9 pagi tadi bagi membuat penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Datin Sri Feona Norjanah Wan Junaidi di kediamannya di Jalan Green di sini.


Ketibaan Abang Johari telah disambut oleh  suami kepada Allahyarhamah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Dr Wan Junaidi menyambut ketibaan Abang Johari untuk memberi penghormatan terakhir. Gambar kredit Sarawakku


Abang Johari kemudian turut sama menunaikan solat jenazah bersama-sama ahli kenamaan lain yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.


Jenazah Allahyarhamah Datin Sri Feona, 70, dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini kira-kira jam 10.20 pagi. 


Abang Johari bersama pemimpin negeri yang lain menyertai solat jenazah di kediaman Dr Wan Junaidi. Gambar kredit Sarawakku


Allahyarhamah disahkan meninggal dunia di Borneo Medical Centre, Kuching, pada jam 6 petang semalam bersamaan 26 Syawal 1443H. 


Allahyarhamah turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu tiga cahaya mata iaitu Embok Fariah, 49, Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.


Abang Johari bersama pemimpin negeri yang lain ketika hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah. Gambar kredit Sarawakku


Allahyarhamah telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong pada 1972.


Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Next Post Previous Post