Pemandu maut, kelindan cedera treler bawa muatan tepung terbalik

Gambar Awani

GERIK--Seorang pemandu treler maut manakala kelindannya cedera selepas treler muatan tepung seberat 20 tan terbalik ke bahu jalan di KM 24 Bukit Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pagi ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata dalam kejadian pada 7.38 pagi itu, pemandu treler Adzri Mat, 43 maut di tempat kejadian manakala kelindannya Mohd Nazran Hakim, 20, cedera akibat tersepit.


"Anggota bomba menggunakan rescue tool dan power unit untuk mengeluarkan mangsa dan kelindan yang tersepit. Treler itu dalam perjalanan membawa muatan tepung dari Gerik ke Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan serta polis untuk tindakan selanjutnya dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post