Naga cekup Ah Long di Miri
Beberapa individu yang ditahan disyaki terlibat dalam sindiket ‘ah long’ di Miri sejak 10 Mei. Gambar Polis Miri |
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, mereka ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
“Turut dirampas beberapa kad pemiutang, kad bayaran dan kad pemiutang beserta buku catatan kod pemiutang.
Kesemua suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, kesemua individu terbabit telah bertindak melakukan ugutan jenayah dengan menyimbah cat dan membakar rumah peminjam yang gagal melunaskan hutang.
“Polis Miri akan meneruskan Op Cantas bagi mengenal pasti kumpulan-kumpulan lain yang bergiat aktif seterusnya membanteras sindiket ini hingga ke akar umbi," ujar Alexson.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan pinjaman wang segera atau pihak yang menawarkan pinjaman tanpa lesen.