MOSTI lancar program MyStartup Pre-Accelerator yang pertama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) Rafiza Ghazali semasa merasmikan program MyStartup Pre-Accelerator yang pertama. Teks dan gambar oleh Cradle

KUALA LUMPUR—Meneruskan momentumnya dalam menyokong dan mempertingkatkan start-up di Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Malaysia, baru-baru ini melancarkan program Pre-Accelerator MYStartup.

Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada start-up peringkat awal sambil menawarkan peluang kepada bimbingan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dalam
melaksanakan strategi perniagaan, akses kepada pasaran dan pembiayaan.

Program ini juga akan membolehkan pengasas start-up membuka nilai kendiri dan potensi mereka.


Bermula dari 12 Mei 2022, program enam bulan itu menyaksikan hampir 40 start-up berkualiti tinggi dipilih untuk menyertai program tersebut, di mana mereka menjalani proses pemilihan empat peringkat yang ketat sebelum memperoleh akses kepada faedah lain seperti peluang berinteraksi dengan pemain industri utama, pelabur berpotensi, dan pakar perniagaan antara lain.

Rafiza Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) selaku agensi pelaksana MYStartup menyatakan, Program MYStartup Pre-Accelerator adalah sebahagian daripada strategi MYStartup yang dimulakan oleh MOSTI di mana ia bertujuan untuk mewujudkan start-up Malaysia yang berjaya di peringkat global.

Cradle berbangga kerana dapat menyatukan dan menghubungkan para start-up dan pelabur yang inovatif ini, dalam merealisasikan visi MOSTI.

“Seperti yang sering kita lihat di dalam ekosistem, start-up peringkat awal akan mendapat lebih banyak manfaat daripada tunjuk ajar dan bimbingan yang betul dalam mendapatkan pelaburan dan dalam perjalanan merekamengembangkan perniagaan mereka.”

Tambahan lagi, Cradle berharap melalui inisiatif seperti program MYStartup Pre-Accelerator, kami akan dapat meningkatkan dan memperkasakan mereka dengan kepintaran perniagaan dan kepakaran kewangan sambil menghubungkan mereka dengan rangkaian dan sumber yang sangat diperlukan” tambah Rafiza.

Turut hadir di acara berkenaan, S.T Rubaneswaran, Ketua Pegawai Eksekutif, BEYOND4, mengulas, “Ekosistem BEYOND4 pada terasnya menumpukan dalam memacut pelbagai Talent DNA melalui Ekosistem Pemecut Pelbagai Peringkat Pintar (Intelligent Multi-Tier Accelerator Ecosystem) kami.

Di penghujung saluran kami terletak Startup Accelerator yang bertujuan untuk memacukan ekosistem start-up serantau melalui perkongsian strategik. Kami berharap para start-up 40 Teratas ini akan memanfaatkan sepenuhnya daripada sumber kami yang tersedia serta Mentor Pool untuk berkembang dan terus mara ke hadapan”.

Para start-up yang mengambil bahagian berpeluang mendapat manfaat daripada keseluruhan program bertemakan bimbingan tersebut yang terdiri daripada sesi masterclass, sesi bimbingan bersama mentor, semakan pertengahan penggal dan akses kepada kursus pembelajaran atas permintaan (on-demand) yang tersedia kepada para peserta.

Sesi masterclass akan menyaksikan para start-up memperoleh dan mempertingkatkan kecekapan masing-masing melalui bengkel maya dan amali, sesi ask-me-anything (AMA) dengan pakar pembangunan produk dan sesi rangkaian.

Selain itu, start-up juga akan dipadankan dengan mentor daripada kumpulan pemain industri utama antarabangsa dan tempatan yang dipilih khas, pengasas start-up yang berjaya dan pelabur utama yang boleh mereka hubungi; termasuk mengadakan sesi bersemuka jika perlu.

Walau bagaimanapun, faedah sebenar menanti syarikat pemula yangmengambil bahagian di penghujung program. Finalis yang berjaya di Demo Day berpeluang menerima pelaburan daripada Cradle di bawah program pembiayaan CIP SPARK bernilai sehingga RM150,000.

Ini merupakan tambahan peluang kepada pelaburan dan pecutan sehingga RM50,000 sebagai termasuk tawaran menyertai program pemecut anjuran BEYOND4. Faedah lain termasuk peluang untuk turut serta di dalam program lawatan perniagaan dan 'networking' (immersion programme) tempatan dan luar negara, serta akses kepada pelbagai
kemudahan dan sumber.

MYStartup Pre-Accelerator merupakan salah satu daripada pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program MYStartup yang telah dilancarkan pada bulan Februari 2022.

Dimulakan oleh MOSTIdan dikuasakan oleh Cradle, program ini akan menyaksikan para start-up yang mengambil bahagian mendapat manfaat daripada peluang pelaburan dan pelbagai program pembangunan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program MYStartup, para start-up danpemain ekosistem digalakkan untuk melayari www.mystartup.gov.my.
Next Post Previous Post