Malam tautan kasih satukan lima generasi keluarga Taibah Amit

Sekitar Majlis Malam Tautan Kasih menemukan dan menghimpunkan keluarga besar Taibah Amit Kampung Patiambun Limbang.

LIMBANG—Impian untuk berkumpul bagi ahli keluarga besar lima generasi ini selepas dua tahun ‘terpisah’ akhirnya menjadi kenyataan pada pertemuan penuh makna pada Syawal ketujuh Ahad lepas.

Majlis Malam Tautan Kasih menemukan dan menghimpunkan keluarga besar Taibah Amit Kampung Patiambun Limbang yang tidak bertemu lebih dua tahun susulan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurut cucu kepada Taibah Amit, Sahat Rasim 64, dari Kampung Patiambun dekat sini, Majlis Malam Tautan Kasih yang diadakan melakar sejarah tersendiri buat keluarga itu apabila berjaya menyatukan sekitar 200 orang ahli keluarga.


“Malam Tautan Kasih ini amat bermakna untuk menghimpunkan keluarga besar Taibah Amit selain melepaskan kerinduan selepas tidak bersama lebih dua tahun lalu,”katanya kepada Borneo Network hari ini.

Sahat yang juga pesara kerajaan berkata, kebanyakkan ahli keluarga besar itu kesemuanya berada di Limbang dan sebahagian keluarga di Brunei tidak dapat bersama.

“Meman bukan mudah untuk mengumpulkan sanak saudara dari lima generasi untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri apatah lagi melibatkan ahli keluarga yang besar kira-kira seramai 200 orang.

“Bagaimanapun atas dasar kekeluargaan dan berpegang kepada pepatah air dicincang takkan putus, ia bukan penghalang buat kami untuk berhimpun.

“Sambutan Aidilfitri yang dikenali sebagai ‘raya mengejut’ 2022 amat manis dan anak dikenang buat anak cucu,cicit bagi keluarga besar Taibah Amit,” kata Sahat lagi.


Katanya kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk sambutan Syawal kali ini mengikut garis panduan (SOP) ditetapkan dan dimanfaatkan untuk menemukan ahli keluarga, cucu dan cicit serta generasi keluarga bagi merapatkan hubungan silaturahim.

“Antara ahli keluarga paling muda Nurul Hanani Ramisah berusia setahun tujuh bulan dan ahli keluarga paling tua Sepawi Abdul Rahman berusia 69 tahun turut bersama pada majlis itu,”katanya lagi.

Katanya walaupun nenek moyang keluarga itu telah tiada,namun ikatan kekeluargaan tetap utuh dan diperkukuhkan lagi oleh generasi muda keluarga itu.

“Saya harap majlis pertemuan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya tali persaudaraan dapat dieratkan,” katanya.
Next Post Previous Post