Lori terbalik, pemandu cedera tersepit

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar kredit Bomba 

LAWAS—Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan akibat tersepit selepas lori lima tan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Kuala Lawas, SK Agama Lawas malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.42 malam itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Lawas untuk menerima rawatan.


Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, berkata pihaknya bergegas ke lokasi jauhnya lima kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.42 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati lori dipandu mangsa terbabas dan terbalik di tepi jalan. Manakala mangsa dalam keadaan tersepit.


Anggota bomba bertindak bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas. Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kurang 10 minit,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Hazmin berkata, katanya seramai lima anggota membabitkan dua kenderaan bomba terlibat dalam operasi itu.
Next Post Previous Post