LHDN: Laporkan pendapatan sebelum 15 Mei, elak penalti
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.
LHDN memberitahu tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) bagi kategori pembayaran cukai individu pemastautin (Borang BE), individu pemastautin berkepakaran (BT), individu bukan pemastautin (M), individu bukan pemastautin berkepakaran (MT), pertubuhan (TF), harta pusaka (TP) dan keluarga sekutu Hindu (TJ) adalah pada 15 Mei.
"Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf bagi bahasa Melayu dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf untuk bahasa Inggeris,” menurut LHDN.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh dikemukakan melalui Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 bagi luar negara, Live Chat dan Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi LHDNM.
Kenyataan itu juga memaklumkan lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 telah diterima daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan melibatkan sebanyak 96 peratus atau sekitar 2.48 juta borang yang diterima adalah melalui kaedah e-Filing.
-- BERNAMA