Letupan loji kimia: Warganet zahir rasa simpati
Rakaman mangsa yang tular di media sosial mengundang rasa simpati dalam kalangan warganet. Kredit gambar Bintulu News Page |
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 3.00 petang itu sempat tular di media sosial malah, menerusi laman Facebook sahaja hampir mencecah lebih 3,000 komen dan 1,000 perkongsian.
Sebelum itu, tular satu rakaman video yang menunjukkan mayat ditutup dengan kain sambil diratapi tangisan ketika diangkat ke atas kenderaan pihak berkuasa.
Netizen meluahkan perasaan sedih sambil merakamkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa iaitu pekerja tempatan masing-masing berusia 34 dan 35 tahun..
Ada yang menunjukkan reaksi terkejut, tidak kurang juga yang juga ingin mengetahui punca sebenar dan lokasi kejadian itu berlaku.
Difahamkan, dua lagi mangsa yang dilaporkan cedera dalam tragedi tersebut dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umit, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berwajib masih melakukan siasatan dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.
Suara Sarawak juga ingin merakamkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan semoga tabah dengan dugaan yang menimpa.
Teks kredit Suara Sarawak