Lelaki hilang ditemukan mati
Mayat Chee Hui Kiong ditemukan oleh pasukan penyelamat selepas operasi SAR diaktifkan petang tadi. Gambar BBP Sarikei |
Chee Hui Kiong, 36, yang hilang sejak dua hari lalu ditemukan dalam keadaan duduk menyandar, tidak sedarkan diri dan terdapat luka pada lengan sebelah kiri dan luka di bahagian leher.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dalam kenyataan kepada media berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Komander Operasi selaku Pegawai Bomba Kanan 1, Hasman Bakar berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di balai polis pada jam 8.15 malam semalam.
Difahamkan, mangsa dilihat masuk ke kawasan hutan paya nipah pada jam 5.30 petang semalam.
“Mangsa tidak balik ke rumah meskipun hari beransur gelap. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku maka ahli keluarga mangsa membuat laporan polis bagi membantu mencari dan mengesan kedudukan mangsa.
Penduduk kampung turut menjumpai telefon bimbit dan dompet dipercayai milik mangsa di tepi jalan," jelasnya.
Gerakan SAR mangsa dimulakan hari ini melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei.
"Usaha pencarian pada hari ini mensasarkan di kawasan hutan paya nipah dan tebingan sungai lokasi terakhir mangsa dilihat," ujarya.
Dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi SAR yang diaktifkan sejak petang tadi tadi ditamatkan sepenuhnya.