Kolam renang di UK berdepan risiko ditutup susulan kenaikan kos
Gambar hiasan kredit Unsplash |
MOSCOW—Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga, lapor Sputnik, memetik akhbar Financial Times pada Sabtu.
Menurut akhbar itu berenang, aktiviti fizikal paling popular di UK namun, sebelum pandemik badan induk kebangsaan renang, Swim England, menyatakan hampir separuh daripada 4,000 kolam di negara itu bakal ditutup menjelang 2030.
Penutupan itu kerana kolam menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.
Ketua Swim England, Jane Nickerson, berkata jumlah kemudahan kolam renang yang bakal ditutup dijangka lebih tinggi berikutan peningkatan jumlah hutang akibat pandemik dan kenaikan harga tenaga antara 100 dan 150 peratus sejak 2019.
Tinjauan UKActive mendapati 85 peratus pengendali kolam renang awam menyatakan mereka akan mengurangkan perkhidmatan dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala 63 peratus lagi berkemungkinan mengurangkan jumlah kakitangan.
--BERNAMA