Kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di lima bulatan Samarahan - Kuching Expressway dijangka siap Oktober 2023

Kesesakan luar biasa di Samarahan bakal berakhir dengan pemasangan lampu isyarat di lima bulatan Samarahan Kuching Expressway yang dijangka siap Oktober 2023.

KUCHING: Khabar gembira bakal menanti penduduk di Samarahan apabila kesesakan trafik yang membelenggu penduduk bakal diatasi tidak lama lagi.


Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Datuk Peter Minos berkata, ia susulan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di lima bulatan Samarahan - Kuching Expressway dijangka siap Oktober 2023.


Kesesakan lalu lintas yang membelenggu penduduk Samarahan pada masa kini.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melantik kontraktor baharu pada Julai ini bagi menyiapkan projek berkenaan dan setelah siap nanti, ia akan memberi kelegaan kepada semua warga Samarahan," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Tamah Gawai-Raya MPKS di Raia Hotel di sini, malam tadi.


Ketiadaan lampu isyarat sebelum ini menyebabkan masalah kesesakan yang kritikal di kawasan Samarahan.


Sementara itu kata Minos, beliau percaya masalah tersebut juga dapat diatasi apabila Projek Transit Aliran Autonomi (ART) bakal beroperasi pada suku terakhir tahun ini.  


"Apabila kesemua projek pembinaan telah siap kelak, masalah paling kritikal di Samarahan iaitu kesesakan trafik akan dapat diatasi 



"Sudah tentu ia akan membawa kelegaan dan kegembiraan kepada penduduk Samarahan yang telah lama menderita disebabkan isu kesesakkan itu," katanya.



Dalam pada itu kata Minos, MPKS juga akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) berhubung masalah banjir di kawasan Samarahan. 


Meksipun mengambil masa lama untuk diselesaikan katanya, tetapi MPKS akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut menjelang 2025. 


Datuk Peter Minos bergambar bersama tetamu semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Gawai-Raya MPKS di Raia Hotel di sini, malam tadi.


Dalam pada itu kata Minos, dengan perpindahan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, secara tidak langsung Samarahan turut terkena tempias kemajuan pembangunan yang bakal dibawa.


"Sehubungan itu, kakitangan MPKS akan bersatu padu menghadapi semua cabaran dalam usaha membangunkan Samarahan dengan kerjasama wakil rakyat di Kota Samarahan yang turut membantu MPKS untuk tujuan itu," katanya.

Next Post Previous Post