Kantoi curi minyak diesel, dua suspek ditahan

Suspek (tengah) diberkas anggota JSJ IPD Miri dan RCJ Balai Polis Batu Niah. Gambar Polis Miri

MIRI--Seorang wanita antara dua ditahan polis petang Selasa kerana disyaki terlibat menyedut minyak diesel dari tangki sebuah mesin generator di Batu Niah.

Tangkapan dilakukan kurang 10 jam selepas kejadian dilaporkan.

Suspek berusia 21 dan 36 tahun itu dicekup anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Batu Niah sekitar jam 2 petang hari yang sama selepas dimaklumkan kejadian.

Turut ditemui bersama kedua-dua suspek semasa tangkpan sebuab tong gelen berwarna kuning berisi minyak diesel.

Difahamkan, kelibat kedua-dua suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah kedai terbabit.

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat berjalan ke kawasan belakang premis membawa bersama sebuah tong gelen sebelum bertindak menyedut keluar minyak diesel yang diletakan berhampiran mesin generator tersebut.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM40 (18 liter dilaporkan lesap).

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Next Post Previous Post