Isteri Wan Junaidi selamat dikebumikan

Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi menyiram air mawar di atas pusara Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona di Perkuburan Islam Samariang.

KUCHING— Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Datin Sri Hajah Feona Sim @ Norjanah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pagi tadi.


Jenazah Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 10.20 pagi tadi bersama konvoi beberapa kenderaan yang disertai ahli keluarga terdekat termasuk Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi.


Suasana pilu dan hiba menyelubungi upacara pengebumian jenazah Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona.


Terdahulu solat jenazah Allahyarhamah telah diadakan di kediaman Wan Junaidi. 


Antara  barisan tertinggi kepimpinan negeri yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang datang pada pukul 9 pagi dan terus menyertai solat jenazah.


Suasana pilu dan hiba menyelubungi upacara pengebumian jenazah Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona.


Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.


Borneo Network difahamkan, Allahyarhamah dikuburkan bersebelahan dengan pusara bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.


Ahli keluarga menyiram air mawar di atas pusara Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona di Perkuburan Islam Samariang.


Datin Sri Hajah Feona berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.


Allahyarhamah berkahwin dengan Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi pada tahun 1972 di Rumah Sarawak yang didiami Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub yang juga merupakan ‘bapa angkat’ kepada Allahyarhamah.


Jenazah Allahyarhamah Datin Sri Hajah Feona tiba di Tanah Perkuburan Islam Samariang untuk disemadikan.


Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Embok Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29.


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Next Post Previous Post