Dua beradik mati lemas di Sungai Rayu
Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat mangsa lemas yang ditemukan di Sungai Rayu hari ini. Gambar kredit Bomba |
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa pertama merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, Lee Jun Suhia manakala mangsa kedua remaja perempuan berusia 17 tahun, Lee Huai Fen.
“Mayat pertama Lee Jun Suhia ditemukan sekitar jam 5.48 petang sementara mayat adiknya Lee Huai Fen ditemukan pada jam 6.43 petang hasil selaman ketujuh.
Mangsa kemudian diserahkan kepada polis dari Balai polis Lundu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Komander operasi, Muhammad Syamil Mustafa Kamal berkata, pihaknya meneriima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang dan bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan dibantu enam anggota dari BBP Batu Lintang.
Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan bersama yang lain mandi-manda di sungai berkenaan.
Difahamkan, adik kepada mangsa telah hilang dan abangnya cuba mencarinya, namun berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemukan lemas.