Cuti Hari Pekerja dibawa kepada Rabu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Beliau berkata gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad kerana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.
“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei).
-- BERNAMA