Covid-19 belum boleh dianggap endemik, pakar
Gambar hiasan |
Meskipun pakar kesihatan menjangkakan kes akan meningkat, mereka berkata gelombang itu tidak akan seteruk dua musim panas sebelumnya atau sepantas lonjakan varian Omicron bagi koronavirus, kata laporan itu.
Ancaman coronavirus tidak dapat dijangkakan bagi musim panas ini, tetapi pakar mempunyai beberapa teori. Senario kes terburuk adalah kemunculan varian yang tidak boleh ditumpaskan oleh vaksin dan jangkitan sebelumnya, menyebabkan gelombang besar kes, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut laporan yang dikeluarkan pada Isnin.
"Lonjakan penuh sepanjang musim panas sangat bergantung pada varian yang muncul sepenuhnya. Ia cenderung menjadi pencetus terbesar yang menyumbangkan kepada lonjakan kes," kata profesor epidemiologi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins Dr Keri Althoff.
Menurut beliau, "varian itu mudah menjangkiti mereka yang tidak divaksin, dan kumpulan itu lebih berisiko dimasukkan ke hospital dan kehilangan nyawa".
Senario terbaik adalah tahap jangkitan rendah yang berterusan dan tiada varian baharu, tambah laporan itu.
Laporan itu menunjukkan bahawa fasa endemik masih jauh, sehingga COVID-19 akan menjadi seperti selesema bermusim, dengan tempoh sakit selama satu atau dua minggu namun berisiko rendah untuk jadi penyakit teruk atau kematian.
Menurut Althoff, saintis masih menentukan tahap penularan yang boleh diterima untuk COVID-19 dianggap endemik, kata laporan itu.
-- BERNAMA