Buruh maut dilanggar lari
Gambar Polis Trafik Bintulu |
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, mangsa berusia 23 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh mangsa.
Katanya, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Sungai Plan menuju ke Bandar Bintulu.
Gambar Polis Trafik Bintulu |
"Bagaimanapun, sampai di lokasi kejadian, mangsa memberhentikan kereta dipandunya lalu melintas jalan sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan dari arah bertentangan yang tidak diketahui butirannya," ujar beliau.
Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.